Lakuran nuklear
Lakuran nuklear

Lakuran nuklear

Lakuran nuklear ialah proses yang mana dua atau lebih nukleus atom bercantum atau "lakur" dan menjadi sebuah nukleus yang lebih berat. Jirim tidak dijimatkan dalam proses ini kerana sebahagian daripada jisim ditukar menjadi tenaga yang dibebaskan. Lakuran merupakan proses yang memberi kuasa kepada bintang aktif.Lakuran dua nukleus yang memiliki jisim kurang daripada besi (unsur yang bersama-sama nikel mempunyai tenaga pengikat yang terkuat bagi setiap nukleon (nama kolektif proton atau neutron)[1]) lazimnya melepaskan tenaga; lakuran nukleus yang lebih berat daripada besi pula "menyerap" tenaga. Keadaan terbalik pula bagi pembelahan nukleus, proses songsang lakuran nukleus. Hal ini bermakna lakuran lazimnya berlaku dengan unsur-unsur ringan sahaja, dan pembelahan pula hanya berlaku dengan unsur-unsur yang lebih berat. Ada fenomenon astrofizik ekstrem yang boleh membawa kepada lakuran berjangka pendek dengan unsur berat, dan proses ini membawa kepada nukelosintesis, yakni penjanaan unsur-unsur berat semasa berlakunya fenomenon seperti supernova.

Lakuran nuklear